Sekolah Kini




Sekolah Agama Seri Senang Hati, Pontian, Johor







Sejarah Sekolah


Nama Sekolah Agama Seri Senang Hati telah dinamakan oleh Ketua Nazir dari Batu
Pahat, Encik Syed Isa Bin Alwi Al-atas. sekolah ini dibuka pada tahun 1 Mac 1955
atas permohonan Cikgu Ahmad Bin Kasdan selaku Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Senang Hati bersama-sama ahli jawatankuasa sekolah. Sekolah ini
menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Senang Hati.
Bangunan sekolah didirikan dengan kerjasama
masyarakat kampung dan terdiri daripada papan berlantaikan tanah gambut
berbentuk tiga penjuru dengan seorang guru bernama Cikgu Hj. Samad Bin Hj. Abdul
Rashid. Gaji pertamanya ialah gaji guru rakyat kemudian diserapkan ke Guru Agama
Kerajaan Negeri Johor selama 11 bulan dengan gaji RM40.
Sekolah tersebut mempunyai tiga kelas dengan
jumlah pelajarnya seramai 84 orang pada tahun 1955. Kemudian, pada 1 Januari
2002, guru-guru sekolah ini menjalankan tugas-tugas perpindahan ke tapak
bangunan baru dari sekolah kebangsaa ke bangunan lama Masjid Kampung Puteri
Menangis, Benut, Pontian yang telah diubah suai menjadi bilik-bilik darjah. Kos
pengubahsuaian bangunan ini dibiayai oleh Jabatan Agama Islam Bahagian
Pendidikan Negeri Johor. Sekolah ini berpusat di bangunan itu sehingga 19 Mei
2005.


Pada Februari 2004, bangunan sekolah agama
yang baru mula dibina oleh Syarikat DAD Enterprise di atas tanah
seorang penduduk kampung yang bernama Cikgu Norleha Binti Mahsuri. Bangunan
sekolah ini dimiliki oleh Jabatan Agama Islam Johor dan siap dibina pada 19 Mei
2005.


Sekolah Agama Seri Senang Hati ini mempunyai
keluasan PTD 3855 seluas satu ekar. Kemudian, sebuah surau dibina di bahagian
hadapan sekolah dengan dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri
Johor.





0 comments:

Post a Comment